KUIH MUIH DAN PUDING

BINGKA BAKAR



BAHAN-BAHAN

   6 biji telur
   1 tin susu cair
   2 tin air
  4 cawan tepung gandum
  2 cawan gula pasir
  ½ cawan jus pandan  ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)








Cara menyediakan 

  1. Kisar semua bahan kecuali bijan dan minyakmasak.
  2. Sapu acuan atau loyang dengan minyak masak.
  3. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan /loyang.
  4. Masuk acuan /loyang ke dalam ketuhar. Bakar pada suhu 180'C selama ½ jam.
  5. Keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan sambung bakar selama 20 minit atau sehingga nampak masak.Sejukkan dan potong 



CEK MEK MOLEK



BAHAN-BAHAN


600 gram keledek (direbus dan dilecek)
2 cawan tepung gandum
Gula (untuk inti)
Garam secukup rasa
½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)






CARA MENYEDIAKAN

  1. Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang
  2. lembut.
  3. Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan
  4. gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali.
  6. Goreng hingga ­kuningan dan angkat.
  7. Sedia untuk dihidangkan.




CUCUR JAGUNG BERSAMA UDANG 



BAHAN-BAHAN

150 gram isi jagung 
1 labu bawang besar (cincang) 
3 biji cili merah (cincang) 
100 gram udang hidup 
1 biji telur 
2 cawan tepung gandum 
Sedikit daun kucai 
Air suam (bergntung pada kualiti tepung) 
Garam secukup rasa 
 ½  sudu teh kunyit serbuk 
½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng) 


CARA MENYEDIAKAN

  1. Kesemua bahan kecuali minyak masak dan cili sos digaul rata. 
  2. Panaskan minyak masak di dalaam kuali. 
  3. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna 
  4. keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat. 
  5. Hidangkan bersama cili sos atau sos tomato dan mayonis. 



PUDING AISKRIM OREO


BAHAN-BAHAN


1 paket agar-agar tali
1 tin susu cair
1250 ml air
100 gram gula
2 biji telur
1 bungkus biskut Oreo
Aiskrim
sedikit esen vanila




CARA MENYEDIAKAN
  1. Basuh agar-agar tali kemudian masak agar-agr tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dengan api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan.
  2. Oreo dikisar dalam pengisar kering.
  3. Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
  4. Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati.Kemudian masukan oreo yg dikisar.Kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
  5. Akhirnya, ia disejukan dalam  acuan atau loyang.






RESEPI PUDING ROTI


BAHAN-BAHAN

a)Bahan untuk di kisar

  • 4 keping roti*
  • 2 biji telur ayam *
  • 1 tin susu cair (400ml)*
  • 1 sudu teh asen vanilla*

b)Bahan-bahan lain
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 jenis pewarna kesukaan

CARA MENYEDIAKAN
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur. dah larut masukkan gula.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berlainan. (Kalau guna serbuk koko, gaul sebati serbuk koko dengan salah satu bahagian larutan puding).
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap. 




PUDING KARAMEL GULA HANGUS




BAHAN-BAHAN

a)Bahan Untuk Puding
  • 10 biji telur ayam gred B
  • 1 tin susu/krimer pekat manis (505gm)
  • 1 tin susu air (guna tin susu tadi)
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

b)Bahan Untuk Karamel
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar air panas




CARA MENYEDIAKAN
  1. Sediakan Karamel terlebih dahulu. Campurkan gula dengan 1 sudu air.Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air panas lagi. Boleh tambah sedikit air lagi jika terlalu pekat. Padamkan api. Tuangkan ke dalan bekas untuk dikukus.
  2. Pecahkan telur kedalam mangkuk (cuci dulu telur tu). Masukkan susu/krimer pekat manis, Air dan esen vanilla bersama telur tadi.
  3. Kacau rata bahan bahan tadi. (Jangan dipukul nanti kembang pulak).
  4. Dah rata, Tapis dan tuang ke dalam bekas yang telah dituang karamel tadi. Kukus selama 30 minit.
  5. Dah masak sejukkan dan bolehlah diterbalikkan ke atas pinggan hidangan.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment