KEK DAN BISKUT

KEK LAPIS CHOCO-HORLICKS

BAHAN-BAHAN 
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks( 1/2 cwn)
serbuk koko 3 sudu besar
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung gandum


CARA MENYEDIAKAN
  1.  Panaskan kukusan terlebih dahulu dan sapu loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
  2.  Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
  3.  Masukkan telur satu persatu.
  4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung gandum sedikit demi sedikit .(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan)
  5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
  6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati
  7.  Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
  8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir


KEK MINYAK

BAHAN-BAHAN
1 cawan minyak
2 cawan gandum
1/2 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
5 biji telor
1 sudu besar ovallet
1 sedikit baking powder
1 sedikit garam


CARA MENYEDIAKAN
  1.  satukan semua bahan cecair dalam mixer dan pukul hingga kembang,gebu,putih. 
  2. Kemudian masukkantepung perlahan-perlahan, kaup balik.
  3. Setelah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  4.  Letak dalam loyang dan sedia dibakar/kukus
  5.  Jika bakar, suhu 180'c, selama 45 minit
  6. kukus dan biarkan ia selama sejam. 

KEK COKLAT MOIST KUKUS



BAHAN-BAHAN
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak/buttercup
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Hiasan Kek
1 bar coklat masakan
Coklat rice


CARA MENYEDIAKAN
  1. Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan
  2. Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
  3. Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
  4. Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
  5. Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
  6.  Kacau sehingga sebati.
  7.  Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
  8.  Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
  9. Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
  10. Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.



    BISKUT POPIA NESTUM 


    BAHAN-BAHAN

    1 bungkus besar popia
    Lidi satay utk menggulung
    Telur sebagai bahan pelekat
    Minyak masak untuk menggoreng
    1/2 cawan horlicks
    1/2 cawan gula - kisar halus
    1 cawan nestum - kisar halus



    CARA MENYEDIAKAN


    1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.
    2.  Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
    3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.
    4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula dan nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.




    BISKUT CORNFLAKES RANGUP

    BAHAN- BAHAN

    250 gm mentega
    3/4 cawan gula aising
    1 sudu kecil esen vanilla
    1 biji kuning telur

    250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
    2 cwn tepung naik sendiri
    Mangkuk kertas
    Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil





    CARA MENYEDIAKAN

    1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
    2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi.setelah itu masukkan esen vanilla.
    3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas
    4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
    5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
    6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.




     BISKUT DAHLIA COKLAT

    BAHAN-BAHAN

    300g mentega 
    220g gula ising
    240g tepung gandum*
    100g tepung jagung*
    160 gram tepung kastard*
    35g serbuk koko*,
    Manik gula berwarna untuk hiasan
    2 kuning telur
    1 sudu kecil esen vanilla




    CARA MENYEDIAKAN

    1. Ayak bahan bertanda *
    2. Panaskan oven kepada 170 darjah celsius.
    3. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga adunan menjadi sebati.
    4. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendapat doh yang sekata. Rehat doh selama 10-15 minit di dalam peti ais.
    5. Keluarkan doh dan terap menggunakan acuan kuih dahlia. Hiaskan dengan taburan manik gula berwarna dan bakar selama 12-15 minit. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

    No comments:

    Post a Comment